Projek 2021. (sambungan pt2)

Salam Covid19.

Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar untuk semua orang. Bermulanya wabak Covid19 di China , dengan sekelip mata dengan cepatnya virus itu merebak ke seluruh pelusuk dunia termasuklah negara kita Malaysia.

Tanggal 18 Mac 2020 adalah tarikh yang bersejarah bagi negara kita , Perdana Menteri telah mengemumkan perlaksanaan PKP ( Perlaksaan Pengawalan Pergerakan ) , dimama seluruh negara di arahkan duduk di rumah. Aktivi harian di hentikan serta merta. Pejabat-pejabat, pusata-pusat perniagaan, kilang-kilang, tidak di benarkan beroperasi untuk tempoh yang di tetapkan. Keadaan ini telah memberikan kesan ekonomi pada waktu itu. Ramai yang telah di berhentikan kerja, sektor perlacongan yang paling terkesan di mana hotel-hotel gulung tikar, syarikat pengangkutan terpaksa tutup , syarikat penerbangan memberhentikan pekerja-pekerjanya.

Ok berbalik kepada cerita bisnes aku, semasa PKP , PKPB, PKPP di laksanakan, aku seperti biasa meneruskan bisnes jalanan aku menjual takoyaki di kawasan perumahan aku . Dalam diam aku telah berniaga takoyaki hampir 2 tahun di bawah brand Chef Tako. Sehinggalah pada OGOS 2020 aku terbaca Seminar IMKK 1957 Sekali Ini anjuran Richworks Sdn Bnd. Richworks merupakan sebuah syarikat yang membantu usahawan-usahawan untuk UPGRADE ILMU perniagaan. Dan kelas ini adalah PERCUMA!!!

Aku terus ambil keputusan untuk terus daftar seminar tersebut tanpa pikir banyak. INI KALI LAH aku akan buat turning point untuk terus fight demi masa depan anak-anak dan keluarga aku.

Sebelom kelas IMKK 1957 bermula, aku tengah berpikir-pikir apa produk untuk aku jual pada orang ramai. Produk yang aku nak jual mestilah boleh di hantar seluruh Malaysia . So aku terpikir produk yang ada pakeging seperti produk makanan, produk kecantikan dan kesihatan. So aku terus buat reseach produk untuk kedua-dua jenis produk ini. Kedua-dua produk ini ada pro dan con. Untuk musim PKP ini, produk makanan adalah yang paling laku keras kerana orang ramai tak boleh bergerak ke mana-mana. Cuma dari segi harga, produk makanan mempunyai margin keuntungan yang kecil tetapi ‘Repeat Sales’ yang pantas jika produk itu viral.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.