Projek 2021

Salam. Lama sungguh aku tak meng ‘update’ kan personal blog aku ni. Pasal aku lebih tertumpu kepada Sosial Media seperti di Facebook , IG , Twitter. Sama la mcm korang juga kan. hahahaa.

Ok long story short. Aku rasa kali ni aku kena update perjalanan hidup aku pada kali ni sebab pada tahun 2020 ini banyak sangat cabaran yang di hadapi seluruh dunia iaitu COVID-19. Ramai yang telah hilang pekerjaan terutama didalam industri berkaitan perlancongan seperti Pengankutan udara, darat termasuk bas2 sekolah, bisnes kereta2 sewa, perniagaan kedai makan dan sebagai nya.

Aku bernasib baik kerana bekerja sebagai penjawat Awam pada masa ini dan ketika ini. Sememangnya ada sedikit terkesan juga kerana perbelanjaan harianku meningkat di sebabkan oleh kos makanan di rumah. Anak2 sudah tidak berada di asrama dan itu menyebabkan purata perbelanjaan harian mencecah RM50 sehari .

Untuk pengetahuan korang , curently aku sedang membuat bisnes sampingan menjual Takoyaki sejak tahun 2019. Selepas aku di ‘Terminated’ kan oleh salah satu syarikat Insurans ‘P’, aku terus berusaha untuk menambahkan income untuk menanpung kehidupan aku yang mendatang. Aku memang minat berniaga sejak dari sekolah. Aku pernah jual beger depan 7 Eleven, aku pernah jadi agent MLM , Agent Insurans, Agent Minyak wangi, dan yang terkini Agent Takoyaki.

Dah lama aku tercari-cari dan terus mencari apakah bisnes yang aku boleh buat untuk dapatkan income yang kukuh dan berpanjangan?

Satu yang aku rasa aku perlu buat adalah UPGRADE ilmu BISNES aku yang tak seberapa. Dalam masa yang sama dalam kepala aku ni dok pikir apa produk yang senang laku, senang jual di dalam keadaan pendamik ini. Pada ketika itu aku ada satu pilihan yang aku nampak iaitu produk F&B. Ya, produk makanan yang senang jual dan ada permintaan di kalangan orang kita. Aku pun buatlah market research, kaji harga di pasaran, permintaan pelangan. Memang ada market dan permintaan, tetapi margin jualan yang sangat sedikit jika aku nak buat model bisnes sistem dropship dan agen.

Dalam aku terus mencari produk yang lebih baik untuk aku pasarkan, aku telah buat keputusan untuk UPGRADE ILMU BISNES aku. Dan aku rasa tempatkan yang paling sesuai adalah aku belajar dengan RICHWORKS, syarikat yang di miliki oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman ( orang melaka dia ni beb). Aku dah lama follow DWDAO sejak dari 2012 lagi, tapi masa tu aku tak ambil port sangat sebab jiwa bisnes tak cukup kuat lagi. Pada tahun 2017, aku telah mengikuti Kelas Seminar Roket Bisnes (SRB) oleh Najib Assadok, konon-kononnya nak belajar bisnes online lah. Kelas SRB tu di melaka pada masa tu. Full dari pagi sampai ke petang, focus pada Facebook sahaja.

Long story short, aku join kelas SRB tu dengan hati yang terbuka dan bersangka baik. Memang agak terkejut beruk la juga pagi-pagi lagi ada nyanyi2, panjat2 kerusi , bara bare bara bere lah……hahaha. Rupanya memamg calture seminar memang macam tu kot. Selang beberapa bulan aku pergi ke kelas Sifu Goolge Adword pulak. Pun sama full day class, dari pagi sampai ke petang tapi kali ni di Kuala Lumpur. Pun ada juga menari2 , bara bere bara bere……..adehhhhh. Aku layan kan aje lah.

Ok kat bawah ni aku listkan kelas UPGRADE Ilmu bisnes yang aku join tahun 2017:

  • Kelas Seminar Roket Bisnes (SRB) – 1 day Melaka
  • Kelas Advance Roket Bisnes (ARB) – 3 hari 2 mlm , Shah Alam
  • Seminat Google Ads – 1 day , Kuala Lumpur

Dan pada tahun September 2020 aku telah membuat keputusan untuk merubah kehidupan aku kepada yang lebih baik. Kerana aku mempunyai BIG WHY yang kuat untuk aku terus berusaha.

Bersambung…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.