Hobi lama muncol kembali – Benelli TRK 502

Salam petang,

Sejak dua tiga hari lepas ni hati ku terpaut kembali untuk kembali menungang motosikal berkuasa tinggi. Last aku mempunyai superbike pada tahun 2009, lebih kurang 10 tahun yang lalu.

 

Pada tahun 2018 ni, hati ku rasa membuak buak untuk memiliki jentera 2 roda ni. Tetapi kali ni lebih ke arah motor yang lebih santai. Kalau dulu, kelajuan adalah menjadi keutamaan, tetapi bila umor telah mengjangkau 40 series ni, tumpuan lebih ke arah motor chopper atau jenis touring bike. 😂

 

Setelah membuat tinjauan di website berkenaan jenis-jenis motor yang terkini, aku terpaut kepada satu motor touring berjenama BENELLI, satu jenama dari Italy tetapi telah dimiliki oleh usahawan dari negara China. Model TRK 502 menjadi idaman kalbu. Aku terus mencari info-info di website dan YouTube bagi mendapatkan gambaran TRK 502 ni. Bila kita tahu ia adalah buatan China, perkara yang akan terlintas difikiran adalah ketahanan engine dan kualiti. Itu yang menjadi kerisauan aku.

 

Banyak rujukan yang aku perolehi di YouTube dan pengguna yang telah berkongsi pengalaman menunggang jentera ni. Dengan rekabentuk seakan motor BMW GS1200, TRK 502 ini adalah ‘clone’ yang lebih murah Dan mampu milik oleh penunggang seperti aku ni.

 

Dan pada hari ini, aku telah membuat tempahan di salah satu syarikat yang menjual motor tersebut. Semua dokumen untuk proses loan telah di hantar, dalam masa seminggu kita akan tahu sama ada loan motor aku lulus atau tidak. Doa kan aku . 😂😂😂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *